-2 hari sebelum Aidilfitri-
8:14 AM - dari sisi tingkap sebelah kiri, terlihat secalit pelangi yang semakin pudar, biasan matahari pada kabus pagi..
"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)
8:14 AM - dari sisi tingkap sebelah kiri, terlihat secalit pelangi yang semakin pudar, biasan matahari pada kabus pagi..*3 Rukun Usrah (3Ta) = Ta'aruf (perkenalan), Tafaahum (saling memahami), Takaful (saling tolong-menolong)

17-8 : di surau FTSM..credit to Hidayah
Aku sekadar mahu menjadi diriku sendiri, selagi tingkah laku ini tidak mengundang dosa apatah lagi beramal semata untuk kelihatan 'wara' di mata orang lain yang bakal mengundang Riya'.. Na'uzubillah..
Ingatan buat diri & bersama ;
Sabda Rasulullah SAW : "Sebaik-baik pekerjaan itu adalah yang pertengahan (bersederhana)" [Link]------------------------
Terbuka luas kubah langit
Tujuh belas Ramadhan al Mubaraq
Terpancar sinar cahaya putih
Menggetarkan abid yang beruzlah
Bagaikan petir menyambar Gua Hira'
Jibril menghulurkan watikah dari yang haq
Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama
Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama
Dan bermulalah kehidupan Rasulullah
Menyampai amanah
Dari Tuhan yang memerintah cakrawala
Ditaat disembah
Dan bersaksilah pada dua kalimah
Nan tergantung dikemuncak 'arasy'
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan
Yang menciptakan manusia dari segumpal darah
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Pemurah
Yang mengajar insan dengan kalam
Terbuka luas kubah langit
Detik gemilang wahyu pertama
[sumber lirik]
"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)." ~Surah Al-Furqan, Ayat 20~
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). " ~Surah Az-Zumar, Ayat 49~
"Senang nak buat perjumpaan & mudah memahami sesama sendiri" ;)Tidak hairanlah ada yang bergurau mengatakan kami "Assabiah", program & aktiviti semua sepakat buat sekali... (InsyaAllah ia dilakukan secara 1 hati!)
"oh.. rahmat dari Ilahi bakal turun.."Angin datang menderu-deru,
Awan tidak lagi seputih salju,
Langit yang kelam menzahirkan sesuatu..
***
Setelah mengambil tempat, sesi 'warm-up' dijalankan..
Menyentuh isu dakwah & peranan yang harus dimainkan oleh setiap muslim dalam menjayakannya..
Dakwah tidak menanti ilmu di dada mencukupi,
kerana apa yang pasti ilmu dariNya luas tak terperi..
Segala perbuatan / percakapan yang baik itu dakwah jua,
tidak terhad pada aspek teori tarbiah semata..
Ketika itu, hujan turun dengan lebatnya..
memandangkan kami berada di tepi-tepian,
tempiasan merupakan sesuatu yang pasti,
lebih-lebih lagi pabila angin kencang menghala ke sisi masjid
namun ia tidak menjadi penghalang untuk kami berada di situ...
*dah lama tak berhujan.. ;)
Seketika kemudian talam beserta isinya diagihkan..
& sedang ia dibiar tak terjamah di hadapan kami,
ada 'kuah khas' ditempias dari langit Ilahi..
Moist Rice..? Segala rezeki datang dariNya.. it's better than nothing :)
Setelah masuknya waktu Maghrib, kami pun segera berbuka..
Moga diperoleh keberkatan dariNya ~InsyaAllah~
Sabda Nabi s.a.w.; “Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur” (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.).
Sedang menjamu selera, ada seperkara lagi yang 'jatuh' dari langit..
Oh,, rupanya lauk ayam tambahan yang dilempar direct ke talam masing-masing..
Kami saling berpandangan, aku pula hampir tersedak, & masa seakan-akan terhenti seketika..
Kemudian kami hanya tersenyum & meneruskan apa yang tertangguh..
*Biasalah, di ruangan padat seperti itu.. nampaknya ia terpaksa diagihkan sedemikian~ (- -,)
***
Masa berlalu begitu pantas..
Kilat menyambar semakin deras..
Sedar-sedar kain sudah 'lemas'~!
*Air hujan yang mencurah tanpa henti menakungi kawasan tepi masjid bahagian muslimat, meresapi tikar yang dihampar & membasahi hamba-hamba Allah secara perlahan.. Terutamanya bahagian yang lebih rendah..
Namun Alhamdulillah, dalam keadaan sebegitu kami masih dapat meneruskan solat Maghrib & Isya' berjemaah di situ..
Sela antara Maghrib & Isya' diisikan dengan usrah seperti yang dirancangkan..
Membincangkan topik serta istilah seperti Sekularisme, Liberalisme & yang seangkatan dengannya..
Kami turut didedahkan (secara umum) dengan pelbagai pertubuhan / persatuan Islam yang ada di IPT..atau lebih dikenali sebagai 'Jemaah'..
antaranya;
PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia), KAMI, MAMPU (Mahasiswa Mampu Penggerak Ummah), ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), KARISMA (Kelab Remaja Siswa Islah Malaysia), JIM (Jemaah Ikhwanul Muslimin), ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), HALUAN, IKRAM, dan HTM (Hizbut Tahrir Malaysia)..
Tidak lupa juga peringatan bahawa setiap muslim dituntut untuk berdakwah meski dalam pelbagai cara..
-----------------
Sekembali ke bilik seusai solat Isya', rupa-rupanya bilikku turut kehujanan akibat kebocoran atap.. Mujur katil tidak basah teruk, kerana pada malam itu jua K. Aida menumpang tidur di bilikku selepas kami sama-sama ada perjumpaan mengikut persatuan / biro masing-masing [Mohon maaf jika 'servis'ku terkurang di mana-mana ya kak~ hee]
Alhamdulillah... moga dengan pertemuan & perkongsian itu akan lebih mengeratkan ukhwah sesama kita & memperkuatkan semangat untuk terus beramal di jalanNya.. InsyaAllah.. go Ummah~! :)
Marilah kita saling ingat-mengingatkan & Maaf ku pinta andai diri ini pernah melakukan kesilapan terhadap kalian sama ada secara sedar / tidak....
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." ~Surah Adz-Dzariyat, Ayat 55~
Seiring sewaktu hujan, moga disucikan hati kita sebagaimana hujan menyucikan & menyeimbangkan alam dengan rahmat dariNya~
"(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan)." ~Surah Al-Anfal, Ayat 11~