Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

17 June 2012

Rentak Tahun Akhir

No comments:
Allahu-rabbi.. tersenyum seorang diri sewaktu menziarahi blog sendiri yang sudah menjadi hutan rimba.. hampir terlupa pula ada blog!

Nak kata 'sibuk tahap gaban', sempat lagi update di FB.. yelah, pada diri ini blog = penulisan panjang ala-ala karangan (tapi tak mencapai tahap piawai bahasa yang tepat pun..)  oh bahasaku~ =_="
Tatkala menaip post ini, baru selesai memahami beberapa bab pelajaran 'Isu & Penilaian Sekitaran', yang peperiksaannya akan dihadapi  pada esok hari!

Jadi, post kali ini pun tidak akan berjela ^^


Tidak kira sesibuk manapun kita, ingatlah Allah sepanjang masa (photo via It's Sunnah)


Alhamdulillah, Selasa dan Rabu lepas, selesai sudah VIVA disertasi, dan banyak juga yang perlu diperbaiki sebelum dijilidkan..

Tahun akhir ambe memang penuh warna-warni bak beberapa lori cat yang tertumpah (tolongla), jadi mahu diceritakan satu persatu pun nanti pembaca akan muntah berwarna-warni juga! Tak mengapa, cukuplah ianya menjadi pengalaman peribadi, kan..?

Mana-mana pengalaman yang dirasakan bermanfaat untuk generasi akan datang (cewah) akan dikongsikan dalam post-post seterusnya InsyaAllah.. (post kerjalapangan yang lepas-lepas pun belum update.. harap boleh asah karat-karat yang melekat pada ingatan pengalaman berharga itu, fakta mungkin boleh dirujuk kembali, namun pengalaman sepanjang melaluinya akan segar jika terus ditulis -sesungguhnya ambe menyesal bertangguh akan hal itu- Mungkin juga Allah mahu jauhkanku daripada terus merapu dalam pengalaman kerjalapangan! ;)

Kebanyakan ujian dalam kesibukan ditelan, senyum & menangis sendirian, bermuhasabah, berbincang dengan keluarga dan para sahabat.. Hmm, selepas ni dah jarang berjumpa rakan-rakan segeologi, tak macam dulu, tiap-tiap hari boleh nampak muka dalam kelas melepaskan rindu ~ :_)

2 minggu sahaja lagi untuk menghayati kehidupan kampus di UKM ini..
Mulai esok, peperiksaan akhir bagiku & rakan-rakan se-geologi tahun akhir sudah bermula (kebanyakan pelajar UKM yang lain sudah bermula pada minggu lepas, tak kurang juga yang dah selesai)... takpe, kami yang tahun akhir ni berlapang dada.. selepas ini kami sudah tiada peperiksaan akhir.. hehe~~
Baiklah, selamat berjuang buat semua kenalan & sahabat, dan buat semua yang sudi berkunjung ke alam rimba ini~! BarakAllahu-lakum~

Rentak tahun akhirku tak serancak dulu, & ambe banyak menyepi dari dunia blogging, khuatir terlebih merapu dari isi pentingnya.. Err, maaf andai post ini pun ada merapu.. apa-apa update yang pendek InsyaAllah diteruskan di FB, yang itu ambe memang sukar nak berdiam diri.. Sedang bermujahadah untuk mendapatkan + menyebarkan kebaikan sahaja & pada  masa yang sama seimbangkan amanah-amanah yang terpikul di bahu ini.. be the change that we want to see! >_<

OK, ni cuma untuk berkongsi Jadual peperiksaan akhir ambe & urusan sebagai pelajar tahun akhir.. jumpa lagi dalam post-post akan datang, InsyaAllah... :
18 / 6 - Isu & Penilaian Sekitaran
20 / 6 - Teknologi Maklumat untuk Geosains
21 / 6 - Geosekitaran & Pengaruh Antropogenik
25 / 6 - Geotektonik & Sejarah Bumi
28 / 6 - Tarikh akhir menghantar disertasi (tesis) berjilid
2 / 7 - Barmulanya Latihan Industri di Jabatan Mineral & Geosains Pahang
23 / 9 - Tamat Latihan Industri
Oktober - Graduasi! :D

-Semuanya berlaku atas ketentuan & IzinNya-
 سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

07 March 2012

Mutiara Tasbih~

No comments:

Bicara sepi suara hati,
Tenggelam timbul,
dalam cucuran mutiara tasbih.

Rintiknya melarut debu dosa,
Lebatnya melimpah penuh Rahmat
Iramanya merancakkan zikir..
dalam fikir suatu muhasabah..

(menghayati hujan malam di kampus)

Do'a Ketika Hujan [sumber FB page TVAlhijrah]

"Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya)."
~Surah Yunus, Ayat 24~

15 January 2012

Tumbuhan Unik

No comments:
Suatu hari sedang menonton TV, tertukar ke siaran TV1 & dengan tajuk rancangan : LIFE (Dokumentari BBC)~ SubhanAllah, mata ini terpaku melihat kecantikan & keunikan pohon-pohon tersebut dengan bentuk dan cara pembiakannya, Allah jadikannya sedemikian sesuai dengan tempat ia hidup untuk memastikan kemandirian spesisnya.. Ini 3 jenis pohon yang sempat ditonton ;

1. Brunsvigia (ada banyak spesis)
Brunsvigia bosmanie [sumber web]
Pohon ini tumbuh di kawasan semi-arid, dalam lingkungan Afrika Selatan. Terdapat lebih kurang 20 spesis pohon ini yang bunganya akan berkembang mekar (seperti gambar di atas) pada musim luruh, dan ada juga yang mekar di musim sejuk. Susunan bunganya yang mekar akan membentuk bulatan. Comel~

2. Alsomitra (juga banyak spesis)

"The fruits of this tenacious jungle vine hang from the branches of an emergent tree above the rainforest canopy. The seeds which are released through a hole at the bottom of the fruit are equipped with a huge transparent wing which enables them to glide hundreds of yards before reaching the ground. A classic example of mechanical dispersal in the forest." [sumber = klik sini]
Pohon ini memang sangat unik dari sudut penyebaran benihnya, dan Maha Suci Allah yang menciptakan benih ini dengan aspek kejuruteraan yang tepat untuk memastikan ia boleh meluncur sejauh mungkin dari pohon induk setelah kelongsong (pod) benihnya masak. Dalam kelongsong benih itu terdapat ratusan benih bersayap yang akan tercabut & meluncur sehelai demi sehelai.

Benih Alsomitra macrocarpa.. mempunyai sayap yang nipis mengelilingi benih. Rekabentuk benih ini juga menjadi ilham kepada pereka kapal terbang & gliders [gambar sumber web]
Pod Alsomitra dari pandangan bawah [sumber bbc]
Boleh juga lihat video 'penerbangan' benihnya di link ini > [ Link ]

3. Desert Rose (Adenium. Antara spesisnya ada ditanam di Malaysia, yang kita panggil Kemboja)

Spesis Adenium obesum.. mungkin sebab akarnya yang obes~! ;) [gambar sumber web]
Juga spesis Adenium obesum.. dibandingkan dengan skala manusia (err.. maaf incik, auratmu perlu diblur).. yang ini besar kan? menakutkan la pulak.. Allah.. (yang belakang kanan tu macam botol.. hehe) [gambar sumber web]
Pohon ini biasa tumbuh melata di kawasan Afrika tropika dan Negara Arab . Bagi spesis lain yang lebih komersil, ia popular ditanam di Thailand, Vietnam, Taiwan dan tak ketinggalan di Malaysia. Ia boleh ditanam dalam kawasan rumah (dalam pasu) dan sebagai bonsai (boleh dibentuk) bagi kebanyakan spesis. Namun jenis obes seperti dalam gambar-gambar di atas rasanya tak dapat ditanam, ia tumbuh melata~ (besar kott) =_="

Ada dua maksud bagi Desert Rose ini sebenarnya.. Bagi ahli geologi, Desert Rose = nama lain bagi pembentukan mineral Gipsum dan Barit beserta inklusi pasir, yang menyerupai bentuk bunga ros. Nak tengok 'bunga geologi' ni? Lihat di bawah ;

Amacam, sebijik macam bunga ros kan? cuma beza warna & kekerasannya.. [gambar sumber web]
--------------
* Kalau nak tahu lebih lanjut boleh je 'google' & paling bagus rujuk pada ahli sains Sekitaran / Botanikal~ ^^
* Betapa terperincinya 'hasil seni' Allah dalam setiap ciptaanNya.. Allah menciptakan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan, dalam setiap jenis tu pula ada spesis yang punya kelainan tertentu.. Teori Evolusi? Sebagai muslim, teori itu sepatutnya sudah lama ditolak tepi.. Allahu-a'lam :)
"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." ~Surah Al-'Ankabut, Ayat 20~