Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

01 January 2010

Ada apa dengan Gempa Bumi?

No comments:
Post kali ini dipetik daripada Majalah Solusi Isu 14, m/s 64..
gempa bumi..yang juga berkait dengan subjek Geologi..
Sekadar ingin berkongsi apa yang sudah tertulis..

Kalau ikutkan nak kaji / tulis sendiri, apalah sangat dengan ilmu yang ada ni.. (--.)”
Ku sedar diri ini tak sehebat muslimah lain yg 'mantop' perjuangannya..
Laptop kesayangan ni jugak yang sudi memandang atau.. ianya satu paksaan~?!
Eh ke situ pulak.. Allahu~Akbar.. maaf ku pinta..
Yang penting = bersyukur dengan apa yang ada, berusaha tingkatkan prestasi... yah

InsyaAllah pada masa akan datang nanti (kalau sempat la..), bila dah jadi Pakar Geologi Islamik yg berjaya (InsyaAllah).. akan ku cuba jua.. kerna ilmu Allah takkan pernah habis..

Tapi kalau nak tunggu sampai benar2 berjaya alamatnya tak berkembang la ilmu kan?
Kita tidak tahu bila Malaikat Izrail akan menjemput...
Mana2 ilmu yang ada sebaiknya disampaikan..khususnya yang sudah disahkan kebenarannya,
dan jika ada salah silap, maka amatlah dialu-alukan untuk memberi pandangan / menegur kesalahan..

..Hayatilah artikel ini & moga dapat manfaat bersama :) InsyaAllah~


---------------------------------------------------------
HIKMAH KEJADIAN GEMPA DI PADANG

Ada pemerhati dan pengkaji kontemporari Al-Quran mengaitkan tarikh dan waktu berlakunya gempa di Padang ini dengan ayat al-Quran seperti di bawah :
1) Tarikh gempa : 30 September 2009 (30/9/09)
(Surah Ar-Rum 30 : 9) Allah berfirman yang bermaksud :

“Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? Lalu mereka memperhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah (bertani) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa yang mereka (ini) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka Rasulnya, dengan membawa keterangan. Maka Allah tiada hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri."
2) Waktu berlaku gempa : 17:16 (WIB)
(Surah Al-Isra' 17 : 16) Allah berfirman mafhumNya :
"Apabila Kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami suruh orang yang mewah (supaya taat kepada Allah), tetapi mereka fasik (durhaka), sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu Kami binasakan negeri mereka
sebinasa-binasanya."
3) Waktu berlaku gempa susulan : 17:58 (WIB)
(Surah Al-Isra' 17 : 58 ) ;
"Tak ada antara penduduk suatu negeri melainkan Kami membinasakannya, sebelum hari kiamat atau menyeksanya dengan seksaan yang keras. Yang demikian itu telah termaktub dalam kitab."
* Apakah susunan surah dan ayat-ayat ini berlaku secara kebetulan? Atau memang telah menjadi rahsia Allah sejak azali lagi yang baru ditemui manusia melalui pemerhatian dan kecintaan kepada al-Quran?

Yang penting kita harus mengambil pengajaran bahawa setiap perkara walau sekecil manapun dijadikan Allah menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. Ada hikmah yang tersembunyi yang harus menjadi pengajaran untuk umat manusia
.

--------------------------artikel tamat---------------------------

Ya..memang benar.. usah kita pertikaikan apakah relevannya sesuatu kejadian itu kerana kita adalah hamba Allah yang mutlak, maka Allah lebih berhak untuk menentukan sesuatu mengikut rancanganNya (yang pasti adalah yang terbaik untuk ciptaan & hambaNya yang bersyukur).

Ambillah iktibar & peringatan dari apa jua yang berlaku.. Berusaha memperbaiki hubungan dengan Allah & sesama manusia..

Sesungguhnya peringatan yang dikurniakan oleh Allah (sama ada dalam bentuk hidayah, bencana atau melalui ingatan sesama manusia) adalah tanda kasihNya kepada kita. (",)



~Sekian~
~Wassalam~

29 December 2009

Amali Palaeontologi 1 (Fosil)

No comments:
Tarikh : 29/12/09
Waktu: 1400-1630
Tempat : Makmal Palaeontologi, Bangunan Geologi aras 2

SET A (BENTUK-BENTUK PENGFOSILAN)

FOSIL RANGKA ASAL (TEST @ ORIGINAL FOSSIL)
- Merujuk kepada bahagian keras organisma

WF 419 : Exogyra ponderosa
Usia : Cretaceous



SFW 74 : Exogyra ponderosa
Class : Bivalvia
Sub-Class : Pteriomorpha
Usia : Cretaceous
Lokaliti : Canal, Delaware


(sampel fosil atas sebelah luarnya)



A 34 : Paraspirifer laevicosta


FOSIL ACUAN (MOULD FOSSIL)
- Acuan terdiri daripada batuan Sedimen





FOSIL ACUAN LUAR (EXTERNAL MOULD FOSSIL)

MSL 2 : Fenestella sp.
Phylum : Bryozoa
Class : Stenolaemata
Order : Cryptostomata
Usia : Perm Awal
Lokaliti : Kilim, Langkawi


BB 48 : Dictyoclostus sp.
Phylum : Brachiopoda
Usia : Karbon Awal
Lokaliti : Bukit Bucu, Batu Rakit, Terengganu

MSL 5.11 : Costatoria pahangesis
Usia : Trias Tengah
Lokaliti : Kuala Lipis, Pahang

FOSIL ACUAN DALAM (INTERNAL MOULD FOSSIL)

C 325 : Ceratites (Discoceratites) levaloisi
Phylum : Mollusca
Class : Cephalopoda
Sub-Class : Ammonoidea

SFK 53 : Ceratites Nodosus
Phylum : Mollusca
Class : Cephalopoda
Sub-Class : Ammonoidea
Usia : Trias Tengah
Lokaliti : Wurtemberg, Germany

FOSIL KAS (CAST FOSSIL)
- kas adalah bahan lain yang mengambil-alih keseluruhan bentuk acuan
- menyerupai fosil asal yang membentuk acuan tersebut
MSL 12a : Daonella sp.


MSL 13 : Posidonomya perlisensis


FOSIL MINERAL GANTIAN (REPLACED MINERAL FOSSIL)
- sebahagian fosil asal diganti oleh bahan mineral lain
- dalam konteks tumbuhan yang terfosil menjadi batu (petrified wood), rongga dalaman tumbuhan tersebut biasanya digantikan dengan mineral silika (yang banyak dalam tanah)
- Dari mana datangnya silika dalam tanah itu?
***..datangnya dari atmosfera zaman dahulu yang terlarut oleh air hujan, etc.. & banyaknya aktiviti volkanik pada masa itu..
tapi x mungkin dari lava yg mengalir (Basalt) kerna Basalt rendah kandungan silika (yg menjadikan ia lebih panas & menghancurkan apa sahaja dalam laluannya) >> takkan ada fosil..

MSL B1 : Araucaroxylon sp.


FOSIL SURIH (TRACE FOSSIL)
- kesan pergerakan, tempat tinggal & jejak organisma (lubang cacing, tapak kaki dinosaur..etc) yang biasanya organisma tersebut tidak terfosil bersama
- lebih mudah ditafsir jika ada 2 jenis saiz butiran sedimen yang berbeza pada kesan & sekitarannya
- yang menegak terbentuk pada laut cetek (berhampiran pantai..), ada yang berbentuk "U" ~ menunjukkan yang laluan tersebut dibuat untuk ia berlindung dari ombak / air pasang & akan naik semula ke atas (utk bernafas / mencari makanan) sewaktu air surut..
- yang mendatar biasanya pada permukaan ~ kawasan perairan yang tenang (dasar laut dalam, tasik..etc)
- bila ada trace fossil yang bentuknya jelas, cantik & kemas, fosil tu mungkin tertimbus sekali dengan lorong yang dibuatnya (semakin halus saiz butiran sedimen yang menyalutinya, semakin detail fosil yang terbentuk)

MSL PJ 1 : Thallasinoides sp.
Usia : Kambrian Akhir
Lokaliti : P. Jamuruk, Langkawi

MSL PJ 2 : Pycodes pedum
Usia : Kambrian Akhir
Lokaliti : P. Jamuruk, Langkawi

SET B (PORIFERA DAN STROMATOPOROIDEA)
PHYLUM - PORIFERA
- organisma seperti span.. (hidupan laut)
C 81 : Peronidella cylindrica


C 82 : Stellisfongia glomerata


C 83 : Porosphaera globularis


C 85 : Hyalostragos patella


A 23 : Hyalostragos patella
(spesis sama dengan yang atas, bezanya pada usia)


C 86 : Jereica quenstedti


C 88 : Cyphellia dolbosa
PHYLUM - STROMATOPOROIDEA
- "Important reef building organisms with calcareous skeleton (coenestium) with close affinities to certain hydrozoan corals & calcareous algae"
- hidupan laut yang terbentuk daripada lamina (lapisan) yang mengufuk & kolum menegak
- boleh membentuk bonjolan berbentuk poligon (mamelon) dengan bukaan yang dipanggil astrorhizae
C 119 : Stomatopora sp.


A 28 : Stomatopora sp.
(sama spesis dengan yang atas)

~Sekian~
~Wassalam~

25 December 2009

Celik Mata, Minda & Hati

No comments:
Alam~
Setiap hari kita hidup bersamanya,
Namun bila salah satu nikmat yang dianugerahkan itu semakin berkurangan..
Barulah kita sedar peri pentingnya Alam ini dalam kehidupan seharian..
Maka wajiblah kita sebagai hambaNya bersyukur atas segala2nya,
Menggunakan segala nikmat pinjaman dariNya semanfaat mungkin..
sebelum ianya terlambat & ditarik kembali..

------------------------------------------------------------------------

Dahulunya…
Batu-batuan yang dijumpai di tepi jalan hanya dipandang sebelah mata..
Semuanya kelihatan sama sahaja..
Cangkerang2 siput pula hanya dikutip sebagai hobi sampingan waktu lapang,
Sekadar mengagumi keunikan & kepelbagaian ciptaanNya dari aspek fizikal

Namun kini,
Setelah habis 1 sem berkecimpung dalam bidang Geologi,
Satu persatu rahsia alam terbongkar..
Semakin banyak bukti2 penciptaan Allah dari Quran ditemui..
MasyaAllah..

Batuan yang kelihatan stabil itu sebenarnya sentiasa berubah..
Setiap jenisnya terhasil mengikut proses & 'syarat' tertentu..
Bermulanya dari magma, mengeras menjadi siri Batuan Igneus,
Seterusnya terluluhawa oleh angin, air & faktor lain,
Menjadi partikel yg lebih halus & mengeras kembali..menjadi siri Batuan Sedimen,
Yang kemudiannya mengalami tekanan & suhu tinggi sehingga merubah struktur / komposisinya > menjadi siri Batuan Metamorf pula.. apabila termendap semakin jauh ke dalam Bumi, kembali mencair menjadi magma untuk dimuntahkan kembali..

Itu baru cerita ringkas & am mengenai Rock Cycle, kerana dari 3 jenis siri batuan itu prosesnya boleh berubah2...

Kerak Bumi yang kelihatan kekal kedudukannya ini pula sentiasa bergerak;
Bergerak dalam kadar 1cm setahun ~ dipanggil hanyutan benua (Continental Drift)..
Dalam subjek Sistem Bumi pula,
Ada kisah mengenai penciptaan awal Bumi.. Daripada teori big bang kepada kewujudan alam & hidupan
Gunung2 berapi pula bertindak sebagai penstabil suhu dalaman Bumi..
Jika magma / haba tidak dikeluarkan ke permukaan Bumi, akan hancurlah Bumi kerana kepanasan & tekanan di dalamnya
Begitu jua proses2 pembentukan gunung & bukit, yang terbentuk hasil daripada pergerakan kerak Bumi ini..yang juga adalah pasak kepada pengukuhan struktur bumi;


"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang
menetapnya);" -Surah An-Nazi'at, ayat 32

Sudah seminggu sem 2 bermula..
Agak terkejut juga dengan 'limpahan' ilmu yang mencurah2 dari Prof dalam 1-1 masa..
Sem 1 lebih kepada pengenalan batuan ,
Sem 2 ini pula akan lebih fokus kepada fosil..
Yang juga ada kaitan dengan kerang2an..
Ada sedikit perkaitan mengenai Biologi dari sudut pengelasan & jenisnya..
Hm..kne banyak menghafal..
Nnt akn belajar struktur dalamannya juga yg lebih kompleks..
Ya Allah betapa luasnya ilmuMu…
Moga kte sama2 dapat meneruskan pembelajaran dengan Istiqamah..

Sungguh..
Segala yang diciptakan ada kaitan antara 1 sama lain..
Alam ini berinteraksi dengan 'bahasa' yang tersendiri..
Dari haiwan sekecil kuman sehingga sebesar ikan paus,
Dari bahan yang tidak bernyawa hingga ke alam di luar angkasa..


"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa (hari), lalu bersemayam di atas 'Arasy; Ia melindungi malam dengan siang dengan meningiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula menciptakan) matahari dengan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam." - Surah Al-A'raf, ayat 54




"Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?" -Surah Al-A'raf, ayat 185




"Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu dan langit
sebagai bumbung yang kukuh binaannya dan Dia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam. " -Surah Ghafir, ayat 64




"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? " -Surah Fusshilat, ayat 53



Di sini ada sebuah lagu untuk dikongsi..
Perihal Alam ciptaanNya..
"Open Your Eyes" oleh Maher Zain..
Hayatilah liriknya, moga sama2 dapat manfaat :)
>>stopkan ~Sounds of Nature~ kat sebelah ni dulu.. ;p






Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spread in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger, love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

[Repeat Chorus]

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
What's in front of your eyes
The biggest miracle of life..

[Repeat Chorus 2x]

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raise our hands
Forever we thank You..

Alhamdulillah..


Bersamalah kita celik mata, minda & hati dalam kehidupan, agar segala yang diharungi tidak menjadi sia2.. InsyaAllah, moga kita dipermudahkan segala urusan dalam mengejar kejayaan Duniawi & Ukhrawi. (^^,)
~Sekian~
~Wassalam~