Peringatan bersama....

"Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua-dua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan.

Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu.

Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

09 November 2013

Pasak Bumi

2 comments:
Mengingatkan kepentingan geologi & kaitannya dalam kehidupan seharian kita (terutamanya hubungan + ingatan dengan Allah dalam setiap aspek), diri ini terpanggil untuk berkongsi mengenai 'Pasak Bumi' iaitu gunung-ganang yang ada diceritakan dalam Al-Qur'an.. alang-alang refresh semula ilmu geologi~

Post ini lebih kepada analogi (tidak sesuai menjadi rujukan ilmiah rasmi..ahah..santai2 je, ok?).. Jadi, untuk kefahaman secara ringkas, bumi kita ini dinamik (tidak statik) dari sudut proses alam yang telah ditetapkan (sunatullah).. Setiap lapisan bumi ada fungsinya dan pasak bumi ini tertumpu kepada lapisan luaran iaitu kerak bumi. Kerak bumi terbahagi kepada kerak lautan (KL) dan kerak benua (KB), di mana kedua-dua kerak ini berbeza dari sudut komposisi dan cara pembentukan.

Kerak-kerak ini sentiasa bergerak (purata 1-10 cm setahun, seperti pertumbuhan kuku jari) kerana ia berada di atas lapisan astenosfera yang likat (bergerak melalui proses perolakan haba, berkait dengan Hanyutan Benua). Maka apabila bergerak dalam ruang dan tempoh tertentu sudah pasti ada bahagian yang berpisah dan bertembung.

Analogi Pasak Bumi ini dilukis berdasarkan Sempadan Pertembungan yang pertama (KL-KB). Analogi ini boleh digunapakai kepada ketiga-tiga jenis sempadan pertembungan, melambangkan pengukuhan yang terjadi apabila kedua-dua kerak bertembung.
Proses / Sempadan pemisahan
- Daratan : Rift - Zon linear di antara dua plat tektonik yang saling bergerak bertentangan menjauhi antara satu sama lain
- Lautan (paling aktif) : Permatang Tengah-Lautan – Permatang di dasar lautan yang merentasi bahagian tengah kerak lautan, di mana kerak lautan baru sentiasa terbentuk di tengah-tengahnya apabila lava yang keluar menyejuk pantas setelah bertembung dengan air lautan --> penyebaran dasar lautan

Proses / Sempadan pertembungan 
*KL lebih tumpat berbanding KB
1. KL-KB [Gunung berapi di daratan, parit di dasar lautan] --> Membentuk rangkaian gunung berapi. KL yang lebih tumpat akan menyusup ke bawah KB, membentuk zon Subduksi.
2. KB-KB [Pertembungan benua di daratan] --> Membentuk banjaran pergunungan yang tinggi seperti Banjaran Himalaya. KB yang lebih tumpat cenderung untuk terperosok di bawah KB yang kurang tumpat.
3. KL-KL [Kepulauan gunung berapi dan parit di lautan] --> Membentuk rangkaian kepulauan gunung berapi, di mana KL yang lebih tumpat akan menyusup di bawah KL yang kurang tumpat, dan di bahagian dasar kerak yang menyusup itu terbentuk parit lautan yang sangat dalam seperti Parit Mariana, berdekatan dengan Kepulauan Mariana.


--------------------------------------------------------------------------
*inspirasi analogi 'pasak = paku' daripada dokumentari Harun Yahya

30 June 2013

Improvisasi ?

No comments:
Ok, 'Penambahbaikan'.. 
Lebih kepada muhasabah diri..
Sebelum ini selalu mencari 'diri yang hilang', entah sejak bila, ada satu bahagian dalam diri ini yang dahulunya pernah membahagiakan kini kurang serinya..
Membaca, mendengar, melihat, menafsir..
Rupa-rupanya terlalu sibuk mencari sebelum sibuk mengaplikasi..
Seperti sudah mengumpul banyak bahan masakan tapi tak masak-masak pun..
Mendapat banyak, memberi kurang ---> memang satu kerugian..
dan..
Hobi pun banyak yang ditinggalkan, kecuali membaca..
Ya, jika dahulunya suka melukis dan menulis tanpa perlu fikir banyak..
Padahal perkara sedikit yang boleh dimanfaatkan itu tetap elok selagimana syariat terjaga, dan PENTING agar tidak mengganggu keutamaan..
Bila dilihat kembali, hobi yang lain lebih kepada memberi (uh..walau tak umph mana) & membaca adalah lebih kepada kefahaman diri, MELAINKAN jika kita menyampaikannya kembali..
Dalam kesempatan sebelum mendapat kerja tetap ini, memang perlu dimanfaatkan sebaiknya bersama keluarga, berkhidmat penuh kasih sayang, pada masa yang sama cuba untuk penuhi kehendak diri agar tinggi potensi untuk memberi..
Mode : Pulun tugasan mak & bersedia apa yang patut.. Persiapan untuk hari akhirat..uhukk..
Pada masa yang sama cuba untuk selesaikan apa tujuan utama blog ini dibuat, ya, masih ada episod penulisan kerjalapangan yang ditangguh. Do'akan ya..
Lukisan lama, 20 Julai 2012.. Namun situasi tersebut akan senantiasa dimuhasabah. Menangis itu perlu tapi jangan selalu! Muhasabahlah namun perlu terus bangkit berubah selepas itu, ya, muhasabah untuk berubah, bukan terus pasrah.
"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir." [Surah Ar-Ra'd, Ayat 3]

Sentiasa BERFIKIR.. Baiklah, nafas baru -Yosh!- InsyaAllah moga semua urusan dipermudahkan dengan cara yang Allah redha, untuk kalian dan untukku!"

22 April 2013

Resah Seorang Rakyat (2) - Hijrah Positif

No comments:
Seringkali rakyat dimomokkan dengan kehancuran, keganasan, dan kehilangan perpaduan malahan agama jika berlaku pertukaran kepimpinan negara.. 
Seolah-olah tidak memahami peranan pilihan raya dan cara pertukaran *kuasa (uii, *amanah tu, bukan power nak main rebut & tindas orang -- macam kebiasaan penjahat filem & kartun)..
Seolah-olah pihak yang bertanding adalah komunis dan penjajah dari luar negara..
Baik, mungkin jadi begitu kerana belum pernah merasai pertukaran/penambahbaikan corak pemerintahan..
Mungkin kerana belum mengenali peribadi pemimpin pihak lain dari sumber yang sohih..
Mungkin tidak faham apa yang perlu diubah? (kerana kurang faham hukum-hakam & ke*amanan sebenar)..
*Aman fizikal boleh nampak, aman dari sudut hak hanya yang dizalimi merasainya, manakala kita yang memahaminya perlu membantu saudara kita jua, paling kurang pun sokongan + do'a..
Mungkin kerana takut dengan imej Islam yang dibawa (lantaran salah faham mengenai Islam & perlaksanaannya)..
Mungkin berpunca daripada salah faham antara ILMU dan MAKLUMAT?
-->*Tidak semua maklumat adalah ilmu, kerana ILMU adalah maklumat yang MEMBERI MAKNA

Dalam badai kecelaruan yang melanda, hamba yang kejahilan bidang ini terbatas untuk terus bersuara, hanya Allah yang mengetahui segala-galanya!
Persaingan yang sihat, memang memerlukan perincian ADAB bagi setiap orang yang terlibat..
Ada sebahagian pemimpin yang bagus menjalankan amanah tanpa perlu publisiti, ada sebahagian penyokong pula yang 'main kotor'.. begitulah ada vice-versa selagimana ada orang yang belum amanah dalam tugasnya..

Pemimpin yang berILMU dan berAKHLAK akan memerintah dengan amanah dan integriti, bijak menangani masalah & fitnah..
Pemimpin Muslim yang berIMAN & berTAQWA akan meRASA Allah sentiasa melihat apa yang dilakukannya (jadi dia tidak akan menyalahgunakan kuasa yang diberi), menyedari + menunaikan amanah yang digalas mengikut syariat, menjaga tingkah-laku & tutur katanya, menjaga kebajikan semua rakyat -baik yang muslim atau non-muslim..
Apa yang BAIK SEDIA ADA sudah tentu akan DITERUSKAN, yang pincang pula akan diperbaiki..
Adakah ciri-ciri tersebut membawa kepada kehancuran negara?
Kerana sayangkan agama, bangsa dan negara inilah kita perlu HIJRAH ke arah yang lebih baik,
Maka InsyaAllah - Mujahadah + Istiqamah!
*Jom 'Repair' Hati, 'Update' Ilmu, 'Upgrade' Iman, 'Apply' Akhlak, 'Share' Kebaikan. Moga Allah Redha kita semua & selamatkan kita dari kejahilan... T_T

*Tapislah berita dengan ILMU, lebih-lebih lagi apabila media arus perdana dikuasai sebelah pihak sahaja.. Tak mungkin mereka akan siarkan keburukan mereka sendiri, sudah tentu akan didiamkan walaupun terpaksa memfitnah pihak lain.

Allah, selamatkan kami semua daripada segala fitnah & kemungkaran, serta azab api neraka.. sinarilah hati kami dengan cahaya kebenaran agar dapat membezakan antara yang haq & bathil..

Bulan...mengingatkanku kepada keindahan Baginda Rasulullah ﷺ, kehebatan peribadi dan kepimpinannya, juga mengingatkanku kepada pilihan hatiku.. Menuju Mardhatillah-!

"Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya."
(Abu Darda')


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." ~Surah An-Nisa', Ayat 58~